USD/CAD Seakan Beri ‘Signal’ Untuk Jatuh Lebih Rendah

738

Dolar Kanada dilihat kembali bergerak kukuh semula dalam pasaran berikutan didorong oleh peningkatan harga minyak mentah di mana emas hitam tersebut merupakan eksport utama Kanada.

Faktor yang menyokong lonjakan semula harga minyak adalah laporan inventori minyak mentah Amerika Syarikat (AS) yang mencatatkan kejatuhan ketara pada minggu lalu.

Hal ini akan mendorong peningkatan terhadap permintaan minyak di mana Amerika Syarikat merupakan antara negara pengguna minyak terbesar di dunia.

Seperti yang dilihat pada carta harga pasangan mata wang utama USD/CAD, harga mula susut semula pada sesi New York semalam selepas kenaikan pada sesi sebelumnya menguji paras rintangan 1.27800.

Penurunan harga turut didorong oleh faktor penyusutan semula US dolar menjelang mesyuarat FOMC pada awal pagi Khamis dengan jangkaan polisi yang lebih longgar oleh Federal Reserve (Fed).

Harga telah pamerkan sekitar 90 pips penurunan ke zon support 1.26900 sehingga penghujung sesi dagangan New York sebelum kenaikan semula harga dilihat pada sesi Asia hari ini (Rabu).

Kenaikan harga walau bagaimanapun terhalangan pada halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga dan menunjukkan tanda-tanda untuk menyambung semula penurunan di awal sesi Eropah.

Penurunan semula harga akan menguji zon 1.26900 sebelum penurunan lebih rendah akan mencecah sehingga ke paras sokongan pada 1.26300 atau paras 1.26000.

Sebaliknya jika harga berjaya melonjak di atas paras MA50, harga akan menguji sekali lagi zon resistance 1.27800 yang telah diuji 2 hari berturut-turut.

Melepasi rintangan tersebut akan mendorong sasaran untuk kenaikan harga seterusnya pada zon 1.28300.

Lihat gambar carta pasangan mata wang USD/CAD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat