USD Kembali Kukuh? Ini Yang Terjadi Pada Sesi Eropah

410

US dolar terus mempamerkan pengukuhan pada sesi Eropah, dengan mencatatkan peningkatan sederhana berbanding kebanyakan matawang utama.

Indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback berbanding enam matawang utama diniagakan meningkat di sekitar harga 90.12.

Walaupun meningkat, namun, kekecewaan terhadap bacaan data pekerjaan NFP yang meleset daripada jangkaan pasaran pada bulan Mei, terus membebankan dagangan matawang itu.

Ini menyebabkan pasaran kembali berbelah bahagi sama ada Federal Reserve (Fed) akan membincangkan mengenai pengetatan dasar monetari pada mesyuarat polisi yang akan diadakan pada 15 & 16 Jun.

Fokus utama pasaran kini disasarkan kepada penerbitan data inflasi AS yang dijangka akan menunjukkan peningkatan lebih tinggi pada bulan Mei, susulan kenaikan kukuh yang dicatatkan pada bulan sebelumnya.

Sementara itu, matawang euro sedikit susut dengan tumpuan pasaran turut tertumpu pada mesyuarat polisi Bank Pusat Eropah (ECB) pada hari Khamis yang dijangka akan terus dengan dasar monetari semasa yang longgar.

Matawang pound juga menyusut, di tengah-tengah tekanan baru antara UK dan Kesatuan Eropah (EU) mengenai isu Ireland Utara. Kedua-dua pihak akan mengadakan pertemuan pada hari Rabu untuk mencari jalan keluar daripada perselisihan ini.

Bagi matawang Asia pula, dolar Aussie dan New Zealand turut mencatatkan penyusutan namun penurunan yang dicatatkan tidak ketara menyebabkan harga terus bergerak di sekitar paras yang sama.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat