USD Paling Kukuh Sejak 2002, Ini Perkara Pelabur Patut Tahu!

371

Dolar Amerika meneruskan pengukuhan pada awal minggu selepas diperlihatkan dengan bacaan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat yang meningkat melebihi jangkaan pada bulan April.

Dengan peningkatan sebanyak 428,000 pekerjaan pada bulan lalu, ini menunjukkan bahawa asas ekonomi AS adalah kukuh meskipun mencatat pertumbuhan perlahan pada suku pertama.

Keputusan Federal Reserve (Fed) untuk menaikkan kadar faedah pada minggu lalu juga masih lagi menyokong pengukuhan US dolar dan mendorongnya ke tahap paling tinggi sejak tahun 2002 berbanding kebanyakan mata wang utama.

Pengukuhan raja mata wang ini mendorong dolar Aussie ke paras terendah tiga bulan dan dolar New Zealand ke tahap terlemah dalam tempoh 22 bulan selain turut dihimpit kebimbangan terhadap penutupan Covid-19 di China.

Sementara itu, kenyataan hawkish daripada beberapa penggubal dasar Bank Pusat Eropah (ECB) yang menyatakan menyatakan peluang untuk kenaikan kadar faedah sedikit sebanyak telah memberi sokongan buat mata wang euro.

Namun, pengukuhan US dolar yang tidak dapat ditandingi membataskan pergerakan euro untuk melanjutkan kenaikan sebaliknya susut semula untuk terus berlegar di paras terendah.

Selain itu, kebimbangan terhadap jangkaan pertumbuhan ekonomi di UK yang suram oleh Bank Pusat England (BOE) minggu lalu, terus mengheret dagangan pound sterling untuk kekal melemah di tahap paling rendah sejak Jun 2020.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat