USD Susut Lagi Sementara Matawang Euro, Pound Raih Pengukuhan

415

Sentimen pasaran bercampur-campur dengan dagangan matawang risiko kembali memaparkan peningkatan pada sesi New York, diikuti dengan kenaikan dalam pasaran saham diangkat oleh harapan pelabur terhadap perlumbaan penghasilan vaksin dan kemampuan untuk ekonomi menghadapi krisis coronavirus.

Jumlah kes coronavirus di Amerika Syarikat kini telah melebihi 3 juta, dan ini semakin membimbangkan apabila kes di seluruh dunia telah meningkat sehingga lebih 12 juta.

Dalam pada itu, pakar kesihatan Amerika Syarikat, Dr Anthony Fauci memberitahu bahawa percubaan vaksin bagi fasa ke 3 akan dimulakan pada akhir bulan Julai, dan beliau dengan berhati-hati menyatakan keyakinannya untuk penghasilan vaksin menjelang akhir tahun ini.

US dolar didagangkan jatuh ke paras terendah 2 minggu berbanding matawang utama ketika pasaran kembali mengalihkan perhatian kepada aset berisiko, namun dengan sentimen yang tidak menentu mereka tetap berwaspada, yang mana permintaan terhadap aset safe-haven seperti emas juga meningkat.

Setelah menembusi paras harga $1,800 per auns, logam berharga itu terus menokok lebih tinggi kepada $1818 pada sesi New York sebelum kembali diniagakan di sekitar paras harga $1809 pada sesi dagangan pagi ini.

Sementara itu, matawang pound terus meraih pengukuhan setelah Menteri Kewangan UK, Rishi Sunak mengumumkan pelan beliau untuk membantu menyokong ekonomi yang terkesan akibat krisis pandemik.

Melalui pelan yang diumumkan itu, Sunak menyatakan kerajaan akan membayar bonus kepada pihak majikan untuk membawa pekerja kembali ke pekerjaan mereka dan mengupah golongan belia, menawarkan pembiayaan tambahan untuk keluarga berpendapatan rendah, menurunkan duti setem untuk pembelian hartanah dan mengurangkan value-added tax (VAT) untuk pelancongan dan hospitaliti.

Selain itu, euro turut memaparkan peningkatan dengan meningkat ke paras ketinggian 3 minggu berbanding US dolar.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat