USD Tergelincir Menjelang Penerbitan Data Inflasi AS

660

US dolar didagangkan sedikit susut menjelang penerbitan data inflasi Amerika Syarikat yang dijangka akan mempengaruhi Federal Reserve (Fed) dalam menentukan garis masa mengenai pengurangan rangsangan.

Berbanding sekumpulan matawang utama, indeks dolar susut diniagakan di sekitar harga 92.52 selepas mencatat penyusutan 0.1% pada awal sesi.

Menjelang pertemuan polisi Fed pada minggu depan, para pelabur akan memberi lebih perhatian kepada data harga pengguna AS yang akan dikeluarkan pada malam ini.

Indeks harga pengguna (CPI) dijangka meningkat 5.3% pada Ogos, dan inflasi teras pula diramalkan menokok 4.2%. Walaupun ia dijangka menunjukkan penurunan tetapi tekanan harga masih tinggi.

Euro mengekalkan keuntungannya dengan diperdagangakan di atas harga 1.1800 berbanding greenback. Jumlah kes Covid-19 terus menunjukkan peningkatan, sementara Bank Pusat Eropah (ECB) dilihat tidak berganjak walaupun inflasi meningkat tinggi.

Terbaru, pembuat dasar ECB, Francois Villeroy mengulangi pandangannya bahawa lonjakan inflasi di Zon Eropah baru-baru ini adalah sementara.

Sementara itu, dolar Aussie jatuh ke paras terendah dua minggu selepas ditekan oleh kenyataan Gabenor Philip Lowe yang mengatakan kadar faedah tidak akan dinaikkan seblum tahun 2024 disebabkan pertumbuhan upah yang perlahan.

Di sisi lain, dolar Kanada kekal stabil dengan sokongan daripada pengukuhan harga minyak mentah yang meningkat lebih tinggi berikutan ancaman bekalan yang berterusan di AS ekoran ribut taufan yang melanda teluk AS menjejaskan operasi pengeluaran minyak.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat