USD Terus Dilepaskan, Safe-Haven Pula Melonjak!

548

Dolar greenback terus didagangkan suram pada sesi Eropah, selepas dikecewakan oleh kenyataan dovish Pengerusi Federal Reserve (Fed), Jerome Powell yang akan terus memberi sokongan kuat kepada pemulihan ekonomi.

Ketika penulisan, indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback berbanding pesaing utama didagangkan pada 92.35.

Keterangan Powell di hadapan Jawatankuasa Perbankan Senat pada malam ini, sekali lagi akan menjadi tumpuan pelabur bagi mendapatkan kejelasan lebih lanjut mengenai pandangan beliau terhadap dasar monetari AS.

Dalam pada itu, kebimbangan terhadap lonjakan kes coronavirus di seluruh dunia telah memberi sokongan kepada matawang safe-haven untuk meningkat lebih tinggi dan membantutkan dagangan beberapa matawang utama.

Susulan daripada kes yang meningkat berterusan, Australia terpaksa melanjutkan langkah penutupan di Sydney untuk dua minggu lagi, dan yang terbaru Victoria juga dilaksanakan lockdown bagi membendung penularan wabak.

Hal ini menyebabkan peningkatan yang diraih dolar Aussie susulan bacaan data pekerjaan yang positif pada sesi Asia, kembali terbatas, selain turut terkesan daripada data pertumbuhan ekonomi China yang lebih perlahan dari dijangkakan.

Sementara itu, dagangan safe-haven swiss franc dan yen terus mencatatkan peningkatan susulan kemerosotan dalam hasil perbendaharaan AS 10 tahun yang susut lebih rendah ke tahap 1.31%.

Matawang euro diniagakan stabil di sekitar harga 1.1830 berbanding US dolar, setelah meraih keuntungan daripada kenyataan dovish Powell sebelum ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat