USD Terus Kuat! Rundingan Rusia-Ukraine Dan Ucapan Powell Jadi Tumpuan

682

Pengukuhan US dolar yang berlanjutan dan kebimbangan terhadap sekatan Rusia bakal menjejaskan ekonomi Eropah telah mendorong mata wang euro menjunam lebih rendah ke paras terlemahnya sejak Mei 2020.

Sekatan yang dikenakan terhadap Rusia dilihat bakal mempengaruhi ekonomi Zon Eropah dan UK yang sangat bergantung kepada komoditi Rusia. Ini kerana, hampir 40% daripada gas dan lebih 25% daripada minyak yang diimport ke Kesatuan Eropah adalah dari Rusia.

Susulan daripada itu, kebimbangan ini turut mengheret dagangan mata wang pound ke paras terendah hampir tiga bulan pada awal sesi Eropah.

Rundingan kedua Rusia dan Ukraine yang dilaporkan akan berlangsung pada hari ini. Pelabur bagaimanapun tidak meletakkan harapan yang besar memandangkan Presiden Amerika Syarikat Joe Biden juga memberi amaran untuk bertindak balas lebih tegas ke atas Rusia.

Selain itu, Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell juga bakal berucap pada sesi New York, di mana beliau akan memberi keterangan di hadapan Jawatankuasa Dewan Perkhidmatan Kewangan.

Mata wang gergasi US dolar terus bergerak lebih tinggi, menyaksikan indeks dolar semakin menghampiri paras ketinggian sejak Jun 2020, pada 97.65 berbanding pesaing utamanya.

Sementara safe-haven lain turut mencatat peningkatan meskipun susut berbanding US dolar, dengan yen didagangkan lebih tinggi berbanding kebanyakan mata wang utama lain.

Dolar Aussie dan kiwi yang pada mulanya tidak terkesan dengan kebimbangan menimpa mata wang Eropah, telah menunjukkan penyusutan kerana dipengaruhi dengan kekuatan US dolar.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat