USD Terus Layu, Tapi Kenapa Mata wang Ini Pula Jatuh?

869

Dagangan dolar Aussie menjadi tumpuan pelabur pada sesi Asia susulan terbitan data inflasi Australia yang tanpa dijangka menunjukkan penurunan pada bulan Februari.

Indeks harga pengguna (CPI) Australia meningkat 6.8% tahun ke tahun pada bulan lalu, turun daripada 7.4% yang dicatatkan pada Januari dan tersasar dari jangkaan untuk kenaikan 7.2%.

Hal ini secara tidak langsung membawa isyarat baharu buat pasaran bahawa Reserve Bank of Australia (RBA) akan menghentikan kitaran pengetatannya.

Terdahulu, dalam laporan minit mesyuarat bulan Mac, RBA bersetuju untuk mempertimbangkan semula ‘kes’ untuk menghentikan (pause) kenaikan kadar faedah pada pertemuan akan datang.

Reaksi awal dolar Aussie menunjukkan mata wang itu sedikit menyusut daripada keuntungan yang diraihnya sebelum ini.

Beralih ke pasaran mata wang yang lebih luas, kelemahan dalam dagangan US dolar berterusan pada hari Rabu, menyaksikannya didagangkan lebih rendah berbanding pesaing utama.

Raja mata wang itu tampaknya gagal memanfaatkan bacaan yang lebih baik dalam data keyakinan pengguna Amerika Syarikat yang diterbitkan pada sesi terdahulu.

Kebimbangan yang mereda terhadap krisis perbankan global terus menyokong mata wang utama untuk meningkat.

Euro pula kekal mempertahankan pengukuhan walaupun harga dilihat mula mendatar pada sekitar harga 1.0845 berbanding greenback.

Mata wang pound pula diniagakan berlegar pada sekitar puncak tertinggi 7 minggu yang kembali dicapainya di tengah-tengah kelemahan US dolar yang meluas.

Selain itu, mata wang yen pula secara umumnya bergerak mendatar walaupun berlaku turun naik dalam pasaran, melihatkannya kekal kukuh pada sekitar paras ketinggian satu minggu berbanding USD.

Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat