USD Terus Merudum, Apa Nak Jadi?

1,032

Menghiasi dagangan penghujung minggu, US dolar didagangkan suram di paras terendah hampir satu bulan selepas diperlihatkan oleh bacaan data ekonomi Amerika Syarikat yang membimbangkan.

Bacaan kedua keluaran dalam negara kasar (KDNK) AS tanpa dijangka merosot pada suku pertama kepada 1.5%, lebih teruk daripada anggaran sebelumnya pada 1.4% dan jangkaan pasaran untuk menguncup 1.3%.

Jualan rumah tertangguh juga menguncup ketara pada bulan Mei dengan catatan 3.9% daripada penurunan 1.6% yang direkodkan sebelumnya, dan jauh meleset dari jangkaan untuk menurun 1.9%.

Kelemahan ini secara tidak langsung menunjukkan tandatanda bahawa tindakan Federal Reserve (Fed) yang agresif mungkin telah memperlahankan pertumbuhan ekonomi, menyebabkan pelabur kurangkan pegangan terhadap US dolar dan jangkaan untuk pengetatan selanjutnya.

Menyusuli kelemahan US dolar, mata wang euro meneruskan kenaikan ke paras tertinggi hampir empat minggu selain turut disokong oleh jangkaan hawkish terhadap Bank Pusat Eropah (ECB).

Sementara itu, pound juga didagangkan lebih kuat di paras ketinggian tiga minggu selepas pengumuman Menteri Kewangan Rishi Sunak mengenai pakej untuk membantu pengguna menghadapi kenaikan bil tenaga.

Tumpuan pelabur seterusnya akan disasarkan kepada penerbitan data indeks harga peribadi pengguna (PCE) yang menjadi ukuran inflasi utama kepada Fed.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat