Dollar CAD yang memacu naik lebih 110 pips sepanjang sesi Asia dan pagi Eropah Selasa semalam, menjunam mendadak lebih 125 pips hingga mencapai paras terendah sekitar 1.2650; sebelum menutup pada sekitar 1.2685, sekaligus menyebabkan kadar tukaran USD|CAD berada dibawah pivot hari ini, sekitar 1.2705 ketika artikel ini ditulis. Downtrend di carta harian telah pun dibatalkan, walaupun masih kukuh di carta mingguan.
Pasaran Kanada dikejutkan oleh laporan GDP bulanan yang lebih baik dari jangkaan -0.2%, walaupun ianya satu penguncupan, -0.1%, dan buruk dari sebelumnya 0.3% Gabenor Bank of Canada Stephen Poloz, dalam satu kenyataan mengatakan, kejatuhan harga minyak bakal memberikan kesan buruk kepada ekonomi Kanada dan sedikit kesannya sudah dirasai sekarang.
Dalam kenyataan sebelum ini, ketika beliau mengejutkan pasaran dengan menurunkan “interest rate”, beliau berkata itu hanyalah satu permulaan sahaja. Para penganalisa menjangkakan penurunan kedua bakal dilakukan bulan ini, bagi membantu ekonomi Kanada. Hari ini Dollar dilihat berpotensi untuk kembali menguasai pasaran terutamanya dengan laporan “ADP employment change” AS yang dijangka lebih baik dari sebelumnya, 225 ribu berbanding 212 ribu tambahan pekerja.
Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni