USDCAD Analisa Fundamental Harian 10 Jul 2015

28

moshedfx-forex-malaysia-usdcad-007

Dollar CAD susut lebih 70 pips Khamis semalam, selepas memacu naik 4 hari berturut-turut sejak Jumaat lalu.  Para pedagang dilihat mula menjual pada paras 1.2750 dalam persediaan menutup minggu ini dan ketika artikel ini ditulis kadar tukaran USD|CAD berada sekitar 1.2690.  Dollar Kanada dilihat lebih tinggi berbanding Dollar AS apabila pemulihan dalam harga minyak mentah menyokong data CPI China yang terus merangsang sentimen untuk loonie.

Walau bagaimanapun, pengukuhan Dollar AS berbanding pesaing utamanya ekoran rundingan mengenai cadangan baru Greece yang bakal dikemukakan nanti, mengekang kejatuhan lanjut kadar tukaran USD|CAD.  Pasaran kini beralih perhatian ke arah satu set data perumahan dari Kanada dan tuntutan pengangguran AS. Indeks perumahan Kanada yang meningkat dari 0.1% kepada 0.2% serta angka tuntutan pengangguran AS yang meningkat dari 282 ribu kepada 297 ribu berbanding jangkaan 274 ribu memburukkan lagi keadaan.

Dollar AS secara umumnya lemah selepas minit mesyuarat FOMC yang dikeluarkan pada awal pagi Khamis, yang menunjukkan bahawa pembuat dasar perlu melihat lebih banyak tanda-tanda ekonomi AS yang mengukuhkan sebelum menaikkan “interest rate”.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat