USDCAD Analisa Fundamental Harian 10 Nov 2015

35

moshedfx-forex-malaysia-usdcad-007

Dollar CAD susut lebih 60 pips Isnin semalam untuk ke paras terendah harian sekitar 1.3245 sebelum menutup sekitar paras 1.3285; setelah pasaran di penuhi dengan aktiviti pengambilan untung belian selepas kadar tukaran USD/CAD meningkat lebih 480 pips dari paras terendah bulan lalu, sekitar 1.2830, terkesan daripada sentimen kenaikan kadar AS buat kali pertama selepas hampir satu dekad.

Di pasaran Kanada, pekerjaan juga bertambah mendahului pandangan konsensus ahli ekonomi, dengan 44,400 pekerjaan baru ditambah pada bulan Oktober berbanding jangkaan 9,500 dan 12,100 pada bulan sebelumnya.  Kebanyakan dari kenaikan tersebut datang dari pekerja sementara yang diupah untuk persiapan menghadapi pilihan raya persekutuan bulan lepas. Kenaikan ini merupakan kenaikan bulanan keempat berturut-turut, dengan menolak kadar pengangguran turun kepada 7% daripada 7.1%, menurut Statistik Kanada.

[adrotate group=”6″]

Jawatan kategori pentadbiran awam meningkat sebanyak 32 ribu untuk kerja sementara yang berkaitan dengan pilihan raya. Namun, pekerjaan tidak termasuk kerja pilihan raya, masih melebihi 10 ribu dari kenaikan yang dijangkakan oleh ahli ekonomi. Pasaran buruh telah menjadi salah satu sektor yang memberansangkan untuk ekonomi Kanada tahun ini, dengan pengambilan pekerja yang kukuh, walaupun pengeluaran minyak merudum pada separuh pertama tahun ini.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat