USDCAD Analisa Fundamental Harian 11 Dec 2014

40

moshedfx-forex-malaysia-usdcad-005Dollar kembali menguat berbanding “loonie” dengan paras tukaran tertinggi 1.1502 pada Rabu dengan harga minyak yang terus merudum dengan membuat paras terendah yang baru tahun ini sekitar $60.40 setong dan para pelabur yang mula mengambil untung bagi menutup tirai dagangan tahunan.  Pada masa yang sama, suasana politik yang tidak menentu di Greece juga mula merisaukan pasaran.

Data “building permits” berimpak tinggi yang keluar lebih buruk Isnin lalu, 0.7% berbanding 12.5% bulan lepas walaupun “housing starts” sedikit lebih baik, terus menyebabkan “loonie” menyusut nilai.  Jabatan Statistik Kanada melaporkan nilai “building permit” hanyalah sekitar $7.5 billion dan rata-ratanya datang dari pembinaaan di 3 negeri – British Columbia, Alberta, dan Saskatchewan.

Hari ini, dengan ketiadaan sebarang data ekonomi dari Kanada sehingga Selasa minggu depan; US Dollar dilihat bakal menguasai pasaran dengan 3 data berimpak tinggi dari Amerika Syarikat iaitu “retail sales” yang dijangka stabil pada 0.3%, “retails sales ex-auto” yang dijangka megurang 0.1% dan “initial jobless claims” yang dijangka mengurang sebanyak 2K.

Mulakan trading anda hari ini. Deposit tanpa cas guna debit card/credit card di FXPRIMUS : Buka akaun KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat