USDCAD Analisa Fundamental Harian 11 Jun 2015

34

Patrick Corrigan

Dollar CAD terus jatuh lebih 140 pips Rabu semalam, untuk 4 hari berturut-turut sejak Jumaat minggu lalu. Kadar tukaran USD|CAD yang berada pada paras tertinggi sekitar 1.2350, terus menjunam sepanjang sesi dagangan Eropah sebelum meningkat sedikit pada sesi New York dan menutup sekitar paras 1.2255; terkesan dari lonjakan harga minyak mentah.

Dollar AS menambah nilai selepas pengumuman laporan NFP Jumaat lalu dengan 280 ribu pekerjaan baru, tetapi gagal untuk mengekalkan kekuatan pada awal minggu ini. Angka pekerjaan Kanada juga mengkagumkan dengan tambahan 58,900 pekerjaan, berbanding ramalan 10,200. Kedua-dua ekonomi Amerika Utara itu mengatasi prestasi dalam komponen pekerjaan, tetapi setakat ini pasaran telah meletakkan sebahagian besar daripada nasib USD pada bagaimana Federal Reserve mungkin menaikkan “interest rate” pada akhir tahun ini.

Di pasaran komoditi, minyak mentah menokok lebih $1.20 setong untuk kekal berada diatas $60 setong Rabu semalam, dengan menutup sekitar paras $61.10 setong; apabila kelemahan Dollar mula memberi kesan kepada harga komoditi itu disamping permintaan yang masih teguh. “Dollar sedang menjalani pelarasan kepada kekuatannya sekarang dengan asas-asas yang kukuh yang berhadapan dengan kebimbangan sisi tentang kesan negatif bagi Dollar yang kukuh,” menurut Masato Yanagiya, ketua pertukaran asing dan perdagangan wang di Sumitomo Mitsui Banking.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat