USDCAD Analisa Fundamental Harian 12 April 2016

38

Dollar CAD terus merudum Isnin semalam, jatuh lebih 125 pips untuk ke paras terendah harian sekitar C$1.2885 sebelum menutup sekitar paras C$1.2897; setelah Kanada memberikan laporan sektor pekerjaan yang kukuh dan sedikit lonjakan dalam harga penutup minyak mentah yang memberikan sentimen positif untuk Loonie.

Di pasaran AS, Pengerusi Feds Janet Yellen telah menggunakan sidang akhbar selepas mesyuarat FOMC pada 15 Mac dan ucapan kepada Ekonomi Club of New York pada 29 Mac untuk mengawal kenaikan Dollar AS. Beliau nampaknya telah sengaja memandang ringan perkembangan positif dalam ekonomi Amerika Syarikat, sebaliknya menyerlahkan risiko kepada pertumbuhan ekonomi AS daripada kemerosotan ekonomi dunia, terutamanya China dan kejatuhan harga komoditi.

[adrotate group=”6″]

Di pasaran Kanada, Gabenor Bank of Canada Stephen Poloz mempunyai dilema yang sama. Ekonomi Kanada kini bergerak pada kira-kira enam daripada lapan silinder, seperti yang disahkan oleh laporan Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) baru-baru ini. Kenaikan 0.6% dalam GDP Januari berbanding jangkaan kenaikan 0.3%, telah menghapuskan apa-apa risiko penurunan kadar dari BoC.  Peralihan arah dalam prospek kadar ini sudah cukup untuk memberikan Loonie sedikit sokongan belian.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat