USDCAD Analisa Fundamental Harian 12 Nov 2015

55

moshedfx-forex-malaysia-usdcad-09

Dollar CAD terus berada dalam dagangan ‘sideway’ Rabu semalam, dengan pergerakan sekitar 55 pips dari paras tertinggi harian sekitar 1.3285 ke serendah 1.3230, sebelum menutup lebih rendah dari pembukaan; dalam suasana pasaran yang mengambil keuntungan belian dan pembeli baru Dollar AS yang memasuki pasaran untuk turut serta dalam sentimen kenaikan kadar AS pada mesyuarat FOMC terakhir tahun ini, Disember depan.

Dollar AS telah mendapat tarikan permintaan baru-baru ini, apabila Federal Reserve AS memberi isyarat bahawa ia boleh mula menaikkan kadar pada mesyuarat Disember itu. Data pekerjaan AS yang meyakinkan minggu lepas telah memperkukuhkan kes untuk mengetatkan dasar monetari Feds, sekaligus memacu Dollar.  Data menunjukkan penambahan 271 ribu pekerjaan telah diwujudkan pada bulan Oktober, dengan kadar pengangguran menurun sebanyak 0.1%, mengatasi jangkaan.

[adrotate group=”6″]

Berita baik tersebut meningkatkan peluang bagi kenaikan kadar dalam masa terdekat. Oleh itu, kadar pulangan bon meningkat dan Dollar meningkat nilai berbanding semua mata wang. Indeks Dollar memacu ke paras hampir tujuh bulan tertinggi, sekaligus meneruskan momentum pembelian Dollar.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat