USDCAD Analisa Fundamental Harian 13 Apr 2015

40

moshedfx-forex-malaysia-usdcad-009

Dollar CAD membentuk ‘bearish pin bar’ di carta harian Jumaat lalu, apabila ia memacu naik setinggi 1.2666 dan kemudiannya menutup sedikit dibawah pembukaan pada sekitar 1.2575; sekaligus mengekalkan ‘downtrend di carta harian dan meletakkan kadar tukaran USD|CAD untuk berada dibawah pivot hari ini, sekitar 1.2605  Pembatalan ‘downtrend’ di carta harian adalah pada sekitar 1.2720

Di pasaran Kanada, “loonie” mendapat permintaan apabila data “change in employment” menunjukkan pertambahan pekerja yang lebih memberansangkan dari jangkaan dan sebelumnya.  Sebanyak 28,700 orang telah kembali memasuki pasaran buruh dengan kadar pengangguran dilaporkan stabil pada 6.8%  Walau bagaimanapun, ini dilihat tidak cukup kuat untuk mengalahkan dominasi Dollar, ekoran spekulasi Bank of Canada dijangka menurunkan lagi “interest rate” pada mesyuarat Rabu ini.

Dengan ketiadaan sebarang data ekonomi dari kedua-dua negara hari ini, pasaran dijangka dalam dagangan ‘ranging’ melainkan terdapat sebarang kejutan pasaran.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat