USDCAD Analisa Fundamental Harian 13 Jan 2015

43

moshedfx-forex-malaysia-usdcad-001

Dollar CAD memacu naik lebih 140 mata sepanjang sesi dagangan London dan kemudian mencapai paras tertinggi sekitar 1.1975, sebelum menutup sesi dagangan New York Isnin semalam.  Dollar terus mendapat permintaan berbanding “loonie”, apabila para pelabur Eropah mula memberi reaksi kepada data ekonomi Amerika Syarikat dan Kanada yang dikeluarkan Jumaat lalu.

Pada masa yang sama di pasaran komoditi, minyak mentah terus merudum untuk jatuh keparas terendah dibawah $45 setong, pada awal sesi Eropah hari ini.  Kejatuhan terus-menerus komoditi yang merupakan antara eksport terbesar Kanada itu, telah menyebabkan “loonie” kehilangan lebih dari 13% nilainya berbanding Dollar semenjak Jun tahun lepas.  Pelabur Kanada yang dahulunya memerlukan CAD1.06 untuk mendapatkan 1 Dollar kini memerlukan hampir CAD1.20 untuk mendapat nilai yang sama.

Dengan ketiadaan sebarang data dari kedua-dua Negara hari ini, pasaran dijangka dalam dagangan tipis dan “ranging”, dengan aktiviti mengambil untung.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat