USDCAD Analisa Fundamental Harian 13 Jan 2016

52

Patrick Corrigan

Dollar CAD berada dalam dagangan bercampur-campur Selasa semalam, dari paras terendah harian sekitar C$1.4175 ke setinggi C$1.4315, sebelum menutup sekitar paras C$1.4255; setelah harga minyak terus menjejaskan mata wang komoditi itu. “Kami melihat kesinambungan daripada kelemahan yang bermula tahun ini,” menurut Craig Fehr, ahli strategi pasaran Kanada di Edward Jones, St Louis.

“Pemacu utama adalah lebih kurang sama. Kami melihat kebimbangan lanjut mengenai pertumbuhan di China. Itu yang membawa kepada penurunan dalam harga minyak, dan yang jelas ianya mempunyai kesan ke atas pasaran tempatan dan juga pasaran global secara keseluruhan.” tambah beliau lagi. Minyak Kanada mengalami kejatuhan yang lebih teruk lagi, dengan setong campuran minyak dari minyak syal Alberta yang dikenali sebagai ‘Western Canada Select’ ditutup pada sekitar $16.61, turun $2.05, paras terendah dalam rekod.

[adrotate group=”6″]

Harga minyak mentah terus menyelam tidak berhenti-henti, menghampiri penurunan 20% sejak awal tahun ini, apabila para penganalisis mula melaraskan ramalan harga minyak bagi tahun 2016 dan para trader menjangka harga akan jatuh lagi. Hari ini Pengurusan Maklumat Tenaga (EIA) Amerika Syarikat akan melaporkan stok minyak mentah komersil yang dijangka meningkat sebanyak 1.9 juta tong dan ini dijangka akan terus memberati harga minyak.  Tiada laporan ekonomi berimpak tinggi dari Kanada hari ini.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat