USDCAD Analisa Fundamental Harian 13 Jul 2015

36

moshedfx-forex-malaysia-usdcad-006

Dollar CAD berada dalam dagangan ‘ranging’ Jumaat lalu, walaupun menyusut sekitar 90 pips dari paras tertinggi harian sekitar 1.2755 ke serendah 1.2660; setelah Greece menghantar cadangan baru kepada Eurogroup. Dollar Kanada naik kerana harga minyak dan emas kembali stabil pada paras tertinggi minggu ini. Kadar tukaran USDCAD berada sekitar 1.2695 ketika artikel ini ditulis.

Dalam data ekonomi Kanada, jumlah nilai permit bangunan jatuh 14.5% kepada C$6.7 bilion pada bulan Mei, selepas dua bulan daripada kenaikan dua angka. Penurunan dicatatkan dalam lima wilayah, yang diketuai oleh Ontario, menurut Jabatan Statistik Kanada. Menurut StatsCan, nilai permit kediaman pelbagai keluarga jatuh untuk dua bulan berturut-turut, turun 22.9% kepada C$1.6 bilion pada bulan Mei lalu.

Dalam satu berita ekonomi, IMF berkata pertumbuhan ekonomi Kanada tahun ini, mungkin akan datang dalam sekitar 1.5%, turun daripada ramalan April sebanyak 2.2%, manakala pertumbuhan global kini dijangka 3.3%, turun daripada 3.5% dalam laporan sebelum ini.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat