USDCAD Analisa Fundamental Harian 13 Mar 2015

72

moshedfx-forex-malaysia-usdcad-017

Dollar CAD menyusut lebih 145 pips Khamis semalam, untuk mencapai paras terendah harian, sekitar 1.2616, sebelum menutup pada sekitar 1.2684; sekaligus membentuk “bearish engulfing candle” pada carta harian.  Ketika artikel ini ditulis, nilai tukaran USD|CAD masih berada diatas pivot harian – sekitar 1.2690 – dan sedang berdepan dengan resistance bulanan pada sekitar 1.27

Di pasaran komoditi, minyak mentah jatuh lagi, sekitar $1.80 setong, untuk terus berada dibawah pivot bulanan – sekitar $50 setong.  Ketika ini nilai “loonie” banyak disokong oleh permintaan dan harga minyak mentah yang merupakan antara eksport terbesar Kanada.  Walaupun Kanada bukanlah anggota OPEC, ia telah membuat pelaburan yang besar sejak 10 tahun yang lalu, bagi menjadikan minyak sebagai eksport utamanya.

Hari ini Kanada bakal melaporkan “net change in employment” yang menjangka 5 ribu hilang pekerjaan berbanding 35,400 pertambahan pekerjaan pada sebelumnya.  Kejatuhan harga minyak dijangka memaksa banyak syarikat mengurangkan pekerja dan menghentikan pelaburan baru.  Kadar pengangguran Kanada juga dijangka meningkat sebanyak 0.1% kepada 6.7%  Dollar dilihat bakal kembali menguasai pasaran, terutamanya jika “consumer sentiment index” AS dilaporkan lebih baik dari jangkaan 95.5

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat