USDCAD Analisa Fundamental Harian 14 Apr 2015

32

moshedfx-forex-malaysia-usdcad-010

Dollar CAD berusaha keras untuk memacu naik, apabila menutup lebih tinggi Isnin semalam pada paras 1.2595 walaupun sedikit dibawah pivot hari ini, sekitar 1.2600 apabila Dollar terus mendapat permintaan.  Namun begitu, Ekonomi Kanada dengan tidak disangka-sangka menambah 29,000 pekerjaan baru pada bulan Mac, manakala pakar ekonomi meramalkan penurunan 10,000.

Ini menjadikan ia lebih berkemungkinan untuk Bank of Canada mengekalkan “interest rate” pada 0.75% apabila satu lagi laporan menunjukkan kekuatan pasaran perumahan yang lebih baik, membantu melawan kekuatan dollar di tengah-tengah petunjuk ekonomi yang lebih lemah dari zon euro dan UK.

Keadaan ini dilihat membantu “loonie” untuk mencapai paras tertinggi dalam masa dua tahun berbanding Euro.  Ekonomi Kanada juga hanya menguncup 0.1% pada bulan Januari manakala penganalisis telah menjangkakan penurunan 0.2%, sekaligus meneutralkan pertumbuhan 0.3% yang dicatatkan pada bulan Disember.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat