USDCAD Analisa Fundamental Harian 14 Jan 2015

41

moshedfx-forex-malaysia-usdcad-009

Dollar CAD berada dalam dagangan tipis dan “ranging” dari setinggi 1.1995 ke serendah 1.1925 Selasa semalam, apabila para pedagang menutup “daily candle” dengan “bearish doji” yang menunjukkan arah pasaran yang tidak dapat ditentukan;  melainkan terdapat fundamental baru yang menyokong pembelian Dollar dan penjualan “loonie” seterusnya.  “Retail sales” Amerika Syarikat yang dijangka menyusut malam nanti,  sedikit sebanyak mengekang pembelian Dollar.

Minyak mentah yang mencapai paras terendah sekitar $44.18 setong, terus menerus menghantui negara-negara pengeluar minyak, apabila OPEC enggan mengurangkan pengeluaran harian.  OPEC yang diketuai Arab Saudi, mengatakan sebarang pengurangan pengeluaran oleh anggota OPEC, tanpa penyertaan negara bukan anggota, hanyalah akan menyebabkan mereka kehilangan kuasa pasaran.  Kanada yang bukan anggota OPEC, sudah tentu mendapat keuntungan luruh sekiranya OPEC mengurangkan pengeluaran mereka.

Hari ini Dollar dilihat bakal terus menguasai pasaran, terutamanya jika data “retail sales” Amerika Syarikat keluar lebih baik dari jangkaan -0.1% dan 0.7% pada bulan lepas.  Tiada sebarang data ekonomi dari Kanada minggu ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat