USDCAD Analisa Fundamental Harian 14 Mei 2015

31

moshedfx-forex-malaysia-usdcad-016

Dollar CAD terus merudum lebih 95 pips Rabu semalam, dari paras tertinggi harian sekitar 1.2030 sebelum menutup lebih rendah sekitar paras 1.1955; selepas Dollar kehilangan sokongan terkesan dari data jualan runcit yang menghampakan.  Jualan runcit teras meningkat 0.1% berbanding 0.4% jangkaan dan 0.7% pada sebelumnya.  Jualan runcit secara keseluruhan pula tidak menunjukkan sebarang perubahan.

Pasaran kewangan global sedang memerhatikan data ekonomi Amerika Syarikat untuk mengukur kekuatan ekonominya dan bagaimana ia akan memberi kesan kepada dasar “interest rate” Federal Reserve. Data yang kukuh boleh mendorong kenaikan awal, sekaligus meningkatkan nilai Dollar AS dan mengurangkan pulangan aset tanpa “interest” seperti logam berharga emas.

Laporan pekerjaan Kanada sering diabaikan lantaran tajuk-tajuk utama yang mendahuluinya seperti laporan pekerjaan AS. Dolar Kanada diperkukuhkan sedikit sebagai tindak balas kepada laporan sektor pekerjaan Kanada yang lebih baik. Harga minyak mentah yang lebih tinggi juga membantu “loonie” untuk terus kukuh, tetapi dagangan masih dalam julat ‘ranging’ ekoran kekurangan data ekonomi domestik untuk memacu pergerakan selanjutnya.

Walau bagaimanapun, Dollar AS yang mula melemah, konflik berterusan di Yaman, dan ramalan oleh Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Minyak (OPEC) untuk pertumbuhan permintaan minyak dunia yang lebih tinggi sedikit pada 2015; semuanya telah membantu memacu naik harga minyak, yang merupakan antara eksport utama Kanada.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat