USDCAD Analisa Fundamental Harian 15 Dec 2014

43

moshedfx-forex-malaysia-usdcad-007Dollar CAD terus memacu ke paras tertinggi tahunan yang baru sekitar 1.1590 pada Jumaat lalu apabila data berimpak tinggi “consumer sentiment index” dari Amerika Syarikat mencatatkan peningkatan jauh lebih baik dari jangkaan, 93.80 berbanding 89.50  Keadaan ini diburukkan lagi oleh harga minyak mentah yang terus jatuh ke paras terendah tahunan yang baru sekitar $57.30 setong pada hari yang sama.

Dengan ketiadaan sebarang data ekonomi dari Kanada minggu lepas, para pelabur tiada sebab untuk menambah pegangan dalam “loonie” sehingga  data “manufacturing shipments” keluar Selasa esok.  Kemenangan besar Parti Liberal Demokratik yang diketuai Shinzo Abe seperti yang dijangka, juga tidak memberi kejutan kepada pasaran.  Ketika ini pasaran memberikan tumpuan penuh pada mesyuarat FOMC Khamis ini untuk melihat sama ada Federal Reserve akan menggugurkan kenyataan “interest rate akan kekal rendah buat beberapa waktu” untuk menandakan kenaikan “interest rate” yang perlu seawal suku pertama 2015.

Hari ini, dengan ketiadaan sebarang data ekonomi dari Kanada, dan hanya data berimpak sederhana dari Amerika Syarikat yang umumnya dijangka lebih baik; permintaan untuk Dollar dilihat akan terus bertambah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat