USDCAD Analisa Fundamental Harian 15 Jan 2015

36

moshedfx-forex-malaysia-usdcad-010

Dollar CAD membuat paras tertinggi sekitar 1.2017 sebelum menutup pada sekitar 1.1950 dalam dagangan ranging Rabu semalam, apabila “retail sales” Amerika Syarikat dilaporkan jauh meleset dari jangkaan, -0.9% berbanding -0.1%; malah laporan sebelum ini juga dikemaskini dengan pengurangan kepada 0.4% daripada 0.7%  “Business inventories” stabil pada 0.2%, sekaligus menunjukkan aktiviti ekonomi yang semakin berkurang.

Dollar yang dipenuhi spekulasi kenaikan “interest rate” oleh Federal Reserve pada 2015, telah meningkat lebih 13% berbanding “loonie”.  Menurut para penganalisa Morgan Stanley, kekukuhan Dollar bukanlah semata-mata kerana spekulasi “interest rate”, tetapi juga faktor perkembangan ekonomi AS yang baik.  Pada masa yang sama, Federal Reserve AS juga mengatakan kenaikan “interest rate” bergantung kepada data-data ekonomi yang dikeluarkan dari masa ke semasa.

Hari ini Amerika Syarikat bakal melaporkan “unemployment claims” yang dijangka meningkat dari 294 ribu kepada 299 ribu pemohon.  Esok pula, CPI, “capacity utilization”, “industrial production” dan “consumer sentimen” bakal dilaporkan.  Sebarang laporan yang meleset dari jangkaan boleh melemahkan sentimen kenaikan “interest rate” untuk Dollar.  Tiada data ekonomi dari Kanada hingga minggu depan. Pasaran dijangka memihak kepada “loonie” sekiranya data ekonomi AS meleset dari jangkaan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat