USDCAD Analisa Fundamental Harian 15 Jul 2015

25

moshedfx-forex-malaysia-usdcad-004

Dollar CAD berada dalam dagangan ‘ranging’ Selasa semalam, dengan pergerakan sekitar 85 pips dari paras tertinggi harian sekitar 1.2805 ke serendah 1.2715; selepas kelulusan perjanjian dengan Iran menghantar harga minyak kembali ke paras terendah minggu lepas.  Namun harga kembali semula diatas $53 setong pada lewat petang New York.

Minggu ini boleh menjadi ‘game-changer’ untuk “Loonie”.  Bank of Canada bakal membuat pengumuman dasar monetari terbarunya malam ini  dan dengan harga minyak global kekal rendah, terdapat segelintir penganalisis yang menjangkakan penurunan “interest rate” Kanada. Dollar AS mendaki ekoran komen dari pengerusi Federal Reserve Janet Yellen awal minggu ini. Ketua Fed itu sekali lagi banyak membayangkan bahawa “interest rate” AS mungkin berada di paras yang lebih tinggi sebelum akhir tahun ini.

GDP Kanada menguncup pada suku pertama 2015 sebanyak 0.6%, penguncupan pertama dalam tempoh empat tahun dan yang terbesar sejak 2009. Ramai ahli ekonomi percaya bahawa Kanada sudah mengalami kemelesetan.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat