USDCAD Analisa Fundamental Harian 16 Dec 2014

26

moshedfx-forex-malaysia-usdcad-008 Dollar CAD terus memacu ke paras tertinggi tahunan yang baru Isnin semalam, sekitar 1.1670 selepas data “manufaturing sales” dari Kanada dijangka keluar jauh lebih buruk dari bulan lepas, -0.4% berbanding 2.1%, hari ini.  Dengan ketiadaan data ekonomi dari Kanada sejak seminggu yang lalu, pasaran memberikan reaksi awal yang sejajar dengan jangkaan para penganalisa ekonomi.  Harga minyak yang terus merudum juga, ke paras terendah yang baru tahun ini, sekitar $55 setong, tambah memburukkan permintaan untuk “loonie”.

Dengan keadaan ekonomi China yang menunjukkan pengurangan pengeluaran yang ketara dari 7.7% pada Oktober dan 8% pada september lalu; dan juga keadaan pasaran dan ekonomi global yang tidak menentu, harga minyak dijangka akan terus jatuh.  Keadaan ini diburukkan lagi oleh jangkaan bagi 2015 dari Agensi Tenaga Sedunia yang menjangkakan permintaan harian untuk minyak bakal mengurang 20%, dari 1.13 juta tong sehari kepada 900 ribu tong sehari.

Hari ini, data “manufacturing sales” dari Kanada bakal berdepan dengan data “building permits” dari Amerika Syarikat yang mana kedua-duanya dijangka mengurang dari bulan sebelumnya.  Ini dilihat bakal mendorong para pedagang untuk mengambil tindakan tunggu dan lihat sehingga data tersebut keluar sebelum mengambil tindakan lanjut, selepas reaksi awal diberi Isnin semalam.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat