USDCAD Analisa Fundamental Harian 16 Feb 2015

38

moshedfx-forex-malaysia-usdcad-014

Dollar CAD berada dalam dagangan ‘ranging’ Jumaat lalu, dengan pergerakan sekitar 100 pips dari paras tertinggi harian sekitar 1.2536 dan terendah sekitar 1.2422; apabila tiada sebarang data berimpak tinggi dari Kanada, dan “consumer sentimen index” Amerika Syarikat pula dilaporkan meleset dari jangkaan.  Harga minyak mentah yang mula menstabil dan berada diatas $50 setong, sedikit sebanyak membantu sokongan untuk ‘loonie’.

Ketika ini pasaran sedang mengambil sikap tunggu dan lihat, terhadap kenaikan “interest rate” Amerika Syarikat buat pertama kalinya sejak 2008.  Sikap Federal Reserve yang mengatakan semuanya bergantung kepada data-data ekonomi semasa AS, menjadikan pasaran sedikit skeptikal dan khuatir ianya menjadi seperti spekulasi kenaikan “interest rate” Bank of England tahun lepas.

Hari ini dengan ketiadaan sebarang data ekonomi dari Kanada, dan Amerika Syarikat yang bercuti lantaran hari presiden; pasaran dijangka terus “ranging” dengan para pedagang yang mula memberikan tumpuan awal kepada data-data ekonomi yang bakal dilaporkan di sepanjang minggu ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat