USDCAD Analisa Fundamental Harian 16 Jan 2015

38

moshedfx-forex-malaysia-usdcad-011

Dollar CAD menyusut hampir 200 mata sebelum melonjak semula pada sesi pagi dagangan New York, Khamis semalam.  Tambahan permintaan terhadap “loonie” itu dilihat sebagai reaksi para pelabur terhadap harga minyak mentah yang meningkat lebih $51 setong walaupun kemudiannya menutup dibawah $47 setong.  Keadaan ini dilihat juga sebagai tindakan pelabur yang mengambil untung jualan mereka.

“Loonie” telah kehilangan hampir 3% nilainya berbanding Dollar Amerika sepanjang 12 bulan yang lalu, apabila harga minyak mentah mula merudum ekoran telaga-telaga baru Amerika Syarikat yang mula mengeluarkan produksi.  OPEC yang berdegil untuk tidak mahu mengurangkan pengeluaran tambah memburukkan lagi keadaan.  Gabenor Bank of Canada, Stephen Poloz yang bakal melaporkan perspektif ekonomi yang baru minggu depan, mengatakan kejatuhan harga minyak sudah semestinya mengurangkan perkembangan ekonomi Kanada, sekurang-kurangnya pada 0.3% dari GDP.

Hari ini Amerika Syarikat bakal melaporkan CPI tahunan yang dijangka mengurang dari 1.3% kepada 0.7%, “capacity utilization” yang mengurang dari 80.1% kepada 80.0%, “industrial production” yang membeku kepada 0.0% berbanding 1.3% bulan lepas, dan “consumer sentiment” yang bertambah baik.  Tiada sebarang data ekonomi dari Kanada hari ini, dan pasaran dijangka terus “ranging” antara julat 1.2000 hingga 1.1880

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat