USDCAD Analisa Fundamental Harian 16 Mar 2015

57

moshedfx-forex-malaysia-usdcad-020

Dollar CAD tanpa ragu-ragu,terus memacu naik lebih 140 pips pada Jumaat lepas, untuk memecahkan paras tertinggi tahun lepas dan membuat paras tertinggi yang baru, sekitar 1.2823; sekaligus membatalkan ‘bearish engulfing candle’ pada hari sebelumnya.  Keadaan ini didorong oleh “unemployment rate” Kanada yang dilaporkan lebih buruk, 6.8% berbanding 6.7% jangkaan dan 6.6% pada sebelumnya.

Di pasaran komoditi, tanpa diduga harga minyak mentah kembali merudum, jatuh lebih $2.40/setong selepas laporan International Energy Agency mengatakan bekalan yang berlebihan dan produksi dari Amerika Syarikat yang belum menampakkan tanda penguncupan.  Menurut badan pemantauan minyak dunia itu lagi, tempat simpanan minyak AS bakal penuh seawal Jun ini, sekaligus memungkinkan lambakan di pasaran.

Minyak mentah yang merupakan antara eksport terbesar Kanada, banyak mempengaruhi nilai ‘loonie’.  Dengan ketiadaan sebarang data ekonomi berimpak tinggi dari kedua-dua negara hari ini, pasaran dijangka ‘ranging’ dalam dagangan tipis dan berhati-hati.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat