USDCAD Analisa Fundamental Harian 17 Feb 2016

36

Dollar CAD yang jatuh lebih 130 pips pada sepanjang sesi Asia Selasa semalam, untuk ke paras terendah harian sekitar C$1.3705, kembali melonjak naik lebih 200 pips untuk ke paras tertinggi harian sekitar C$1.3910 sebelum menutup sekitar paras C$1.3865; setelah harga minyak tidak menentu dan pasaran mengharap rangsangan daripada bank pusat China.

Pada masa yang sama, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menurunkan jangkaan pertumbuhan KDNK 2017 untuk ekonomi Kanada kepada 2.1%, turun daripada anggaran Oktober sebelumnya sebanyak 2.4%. IMF memetik, cabaran berterusan daripada harga minyak dan ekonomi China yang semakin lemah, bakal memperlahankan pertumbuhan ekonomi Kanada. Namun, IMF mengekalkan unjuran pertumbuhan bagi 2016 tidak berubah pada 1.7%.

[adrotate group=”6″]

Selepas perjalanan susut nilai yang panjang, CAD seolah-olah telah menemui beberapa sokongan. Walau bagaimanapun, terdapat tanda-tanda yang mengesahkan bahawa Dollar Kanada mungkin akan melihat lebih banyak susut nilai. Sebab utamanya adalah minyak, kerana Kanada banyak bergantung kepada harga minyak, dan komoditi itu membentuk bahagian terbesar dalam perbendaharaan negara.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat