USDCAD Analisa Fundamental Harian 18 Dis 2015

31

moshedfx-forex-malaysia-usdcad-016

Dollar CAD terus memacu naik tanpa menoleh ke belakang Khamis semalam, lebih 200 pips untuk ke paras tertinggi harian sekitar C$1.3985 sebelum menutup sekitar paras C$1.3935; setelah Dollar AS terus mendapat permintaan pasca kenaikan kadar pertama Federal Reserve AS dalam masa hampir 10 tahun.  Pada masa yang sama, harga komoditi yang terus merudum memberati Loonie yang menjadi matawang eksport dalam pasaran minyak mentah.

Di pasaran AS, Jabatan Buruh melaporkan semalam bahawa bilangan individu yang memfailkan untuk bantuan pengangguran menurun sebanyak 11 ribu pada minggu lepas kepada 271 ribu. Penganalisis menjangka tuntutan bantuan pengangguran jatuh sebanyak 7 ribu kepada 275 ribu. Tuntutan bantuan awal pengangguran telah berada di bawah paras 300 ribu selama 40 minggu berturut-turut, sekaligus menunjukkan ekonomi dan pasaran pekerjaan yang semakin pulih.

[adrotate group=”6″]

Dalam pada itu, Federal Reserve Philadelphia melaporkan indeks pembuatan merosot kepada -5.9 mata pada bulan ini daripada bacaan 1.9 mata pada bulan November lalu.  Penganalisis menjangkakan indeks itu jatuh kepada 1.5 pada bulan Disember.  Bacaan di atas sifar menunjukkan keadaan bertambah baik, dan di bawah sifar menunjukkan keadaan semakin buruk.  Malam ini Kanada bakal melaporkan inflasi yang dijangka stabil pada 0.1% dan inflasi teras yang dijangka turun kepada sifar dari 0.3% pada Oktober.  Tiada laporan berimpak tinggi dari AS hari ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat