USDCAD Analisa Fundamental Harian 18 Mac 2016

37

Dollar CAD terus merudum Khamis semalam, lebih 185 pips untuk ke paras terendah harian sekitar C$1.2945 sebelum menutup sekitar paras C$1.2975; setelah Dollar terus dijual dalam reaksi pasaran terhadap keputusan FOMC Feds AS yang dijangka mngurangkan kenaikan kadar pada tahun ini.  Pada masa yang sama, sentimen positif di pasaran komoditi, terutamanya minyak, terus memberikan sokongan belian untuk Loonie.

Di pasaran Kanada semalam, jualan borong dilaporkan tiada peningkatan dengan laporan sebelumnya disemak lebih rendah dari 2% kepada 1.8%. Penganalisis menjangkakan kenaikan sebanyak 0.3%.  Di pasaran AS pula, tuntutan pengangguran dilaporkan kurang dari jangkaan, pada 265 ribu berbanding 267 ribu tuntutan.  Sebelum ini, tuntutan pengangguran dilaporkan pada 258 ribu pemohon.

[adrotate group=”6″]

Hari ini Kanada bakal melaporkan angka inflasi yang dijangka bertambah baik dari 0.2% kepada 0.3% dan jualan runcit yang semakin kukuh dari kejatuhan 2.2% kepada kenaikan 0.7%. Amerika Syarikat pula bakal melaporkan sentimen pengguna yang dijangka meningkat dari 91.7 mata kepada 92.1 mata.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat