USDCAD Analisa Fundamental Harian 18 Mar 2015

31

moshedfx-forex-malaysia-usdcad-007

Dollar CAD terus berada dalam dagangan ‘ranging’ Selasa semalam, dengan pergerakan tidak melebihi 50 pips; walaupun data “building permit” Amerika Syarikat dilaporkan lebih baik dari jangkaan dan “manufacturing shipments” Kanada merudum teruk dengan kejatuhan sebanyak -1.7% berbanding -1.2% jangkaan dan 1.6% pada sebelum ini. Keadaan ini dilihat sebagai reaksi ‘tunggu dan lihat’ oleh pasaran, terhadap kenaikan “interest rate” AS yang bakal dinyatakan dalam mesyuarat FOMC nanti.

Di pasaran komoditi, harga minyak mentah jatuh mendadak ke paras terendah $42.35 setong; sekaligus membatalkan uptrend di carta mingguan.  Kejatuhan itu terkesan dari laporan American Petroleum Institute yang mengatakan stok minyak mentah minggu lepas meningkat 10.5 juta tong.  Laporan lanjut dari Jabatan Tenaga AS malam nanti, bakal diperhatikan dengan jangkaan pengurangan sebanyak 510 ribu tong.

Dengan ketiadaan sebarang data dari Kanada hari ini, Dollar dilihat bakal kembali menguasai pasaran; terutamanya jika Federal Reserve menggugurkan perkataan sabar, dalam kenyataan mesyuarat FOMC tentang kenaikan “interest rate” awal pagi Khamis nanti.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat