USDCAD Analisa Fundamental Harian 18 Mei 2015

27

moshedfx-forex-malaysia-usdcad-018

Dollar CAD memacu naik lebih 85 pips Jumaat lalu, dari paras terendah sekitar 1.1980 sebelum menutup lebih tinggi sekitar paras 1.2015, dalam sesi dagangan mengambil untung selepas tiada sebarang data-data ekonomi yang menyokong pergerakan tersebut. “Tidak dinafikan prestasi ekonomi AS jatuh daripada jangkaan” dan menolak spekulasi yang Federal Reserve akan menaikkan “interest rate”, menyebabkan tekanan keatas Dollar, menurut Lee Hardman, seorang pakar ekonomi di Bank of Tokyo- Mitsubishi UFJ.

Pakar strategi BNP Paribas pula berkata, kelemahan Dolar mungkin berterusan dalam tempoh terdekat, tetapi dijangka kembali pulih apabila Federal Reserve semakin hampir kepada kenaikan “interest rate”.  “Loonie” telah mendapat sokongan kuat berbanding sekumpulan matawang utama dari kenaikan harga minyak mentah, yang merupakan antara eksport terbesar Kanada, setelah minyak mentah memacu naik selama 9 minggu berturut-turut dan kini berada diatas $60 setong.

Terdahulu daripada itu, kejatuhan kepada hampir $40 setong telah mendorong Bank of Canada untuk mengurangkan “interest rate” pada bulan Januari lalu – satu langkah dipanggil “insurans” – dan pedagang menjangka penurunan kedua. Spekulasi itu berkecai setelah harga minyak meningkat semula dan data minggu lalu juga menunjukkan kehilangan pekerjaan di Kanada lebih tertumpu kepada kerja sambilan, sementara pekerjaan sepenuh masa masih meningkat.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat