USDCAD Analisa Fundamental Harian 18 Mei 2016

32

Dollar CAD berada dalam dagangan bercampur-campur Selasa semalam, turun naik dari paras terendah harian sekitar C$1.2835 ke paras tertinggi harian sekitar C$1.2955, sebelum menutup sekitar paras C$1.2908; setelah Dolar Kanada terus mendapat sokongan daripada kenaikan harga minyak walaupun output Kanada jatuh akibat kebakaran hutan di Fort McMurray.  Pada masa yang sama, permintaan yang berterusan untuk Dollar AS mengekang kejatuhan lanjut kadar tukaran USD/CAD.

RTT News berkata bahawa matawang komoditi mengukuh berbanding matawang utama dalam sesi Asia semalam, di tengah-tengah peningkatan selera risiko susulan kenaikan semalaman di Wall Street dan harga komoditi utama yang lebih tinggi. Harga minyak mentah terus meningkat dalam dagangan Asia selepas mencecah paras tertinggi dalam masa enam bulan.

Juga di pasaran Kanada semalam, laporan bulanan jualan rumah yang sedia ada meningkat 3.1%. Jualan tahunan pula meningkat 10.3% daripada setahun yang lalu. Jualan rumah di kedua-dua bandar-bandar terbesar kelihatan mual perlahan selepas Toronto dan Vancouver kekurangan bekalan pembinaan, sekaligus menyebabkan harga memuncak naik.

Namun begitu, laporan jualan sektor pembuatan bulanan pula dilaporkan meleset dari jangkaan dengan kejatuhan kepada -0.9% berbanding hanya -0.7% yang diharapkan.  Sebelum ini, kejatuhan jualan sektor pembuatan adalah lebih buruk pada -4.0%.  Malam ini Kanada bakal melaporkan pembelian saham asing yang dijangka menurun dari $15.94 bilion kepada $10.35 bilion.  Amerika Syarikat pula bakal melaporkan inventori minyak mentah yang dijangka berkurang sebanyak 3.1 juta tong.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat