USDCAD Analisa Fundamental Harian 19 Dec 2014

40

moshedfx-forex-malaysia-usdcad-011Dollar CAD menyusut hampir 100 mata dari paras tertinggi Rabu, sekitar 1.1671, selepas “loonie” mendapat permintaan sejajar dengan penstabilan harga minyak mentah yang didagangkan sekitar $59 setong pada sesi London Khamis semalam.  Walau bagaimanapun, ketika awal sesi Asia hari ini, harga bahan api itu meyusut kembali pada harga sokongan $54.50 setong – yang terendah dalam masa 5 tahun.

Federal Reserve Amerika Syarikat dijangka menaikkan “interest rate” seawal April 2015 dan data ekonomi yang menunjukkan pemulihan ekonomi lebih baik dan cepat; memungkinkan kenaikan lebih awal.  Pada masa yang sama, tekanan inflasi menstabil dengan laporan November yang 0.3% lebih rendah dari Oktober.  Inflasi tahunan pula adalah sekitar 1.3%, jauh lebih rendah dari sasaran Feds sebanyak 2.0%

Hari ini, dengan ketiadaan sebarang data dari Amerika Syarikat, Kanada dilihat bakal meguasai pasaran dengan data berimpak tingginya – “consumer price index” dan “retail sales”.  “Consumer price index” dari Bank of Canada menjangkakan kenaikan sebanyak 0.1% dari 2.3% dan “retail sales” dijangka meyusut kepada -0.2% dari 0.8% bulan sebelumnya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat