Dollar CAD meningkat lebih 50 pips Rabu semalam, untuk mencapai paras tertinggi sekitar 1.2834; beberapa jam sebelum majlis mesyuarat FOMC Amerika Syarikat bermula. Malangnya minit mesyuarat FOMC yang mengandungi kemaskini data ekonomi Amerika Syarikat yang menunjukkan jangkaan perkembangan ekonomi yang lebih rendah, menyebabkan sentimen pasaran berubah, dan seterusnya memulakan downtrend di carta harian dengan pembatalan pada sekitar 1.2835
Di pasaran komoditi, minyak mentah terus jatuh harga hingga ke paras terendah sekitar $42 setong, sebaik sahaja Energy International Agency melaporkan stok minyak meningkat dari 4.51 juta kepada 9.62 juta tong, berbanding hanya 4 juta pada sebelumnya. Pada masa yang sama, “wholesale sales” bulanan Kanada yang menyusut kepada -3.1% daripada 2.8% pada sebelumnya ini, tambah memburukkan lagi permintaan untuk “loonie”.
Walau bagaimanapun, selepas mesyuarat FOMC Federal Reserve awal pagi tadi yang menyaksikan kadar tukaran USD|CAD merudum lebih 350 pips, menyebabkan harga minyak mentah melompat ke paras tertinggi sekitar $46.69 setong, apabila dibuka dengan ‘gap up’. Pasaran dijangka tenang hari ini, ekoran tiada sebarang data ekonomi yang bakal dilaporkan dari Kanada; walaupun Amerika Syarikat bakal melaporkan “unemployment claims” yang dijangka meningkat dari 289 ribu kepada 292 ribu pemohon.