USDCAD Analisa Fundamental Harian 2 Feb 2015

27

moshedfx-forex-malaysia-usdcad-004

Dollar CAD meneruskan pendakian dengan melonjak lebih 180 pips, untuk mencapai paras tertinggi sekitar 1.2798 sebelum menutup sekitar 1.2707 Jumaat lalu.  Laporan GDP Amerika Syarikat yang menguncup dari 5% kepada 2.6% berbanding 3.3% jangkaan, tidak banyak memberi kesan; ekoran GDP Kanada yang dilaporkan pada -0.2%, sekaligus mengesahkan bahawa Kanada sedang berdepan dengan kemelesetan ekonomi.

Kadar tukaran USD|CAD yang telah meningkat lebih 3,300 pips dalam masa 4 tahun, lebih separuh daripadanya berlaku 6 bulan lalu, apabila harga miyak mentah global merudum ke paras yang terendah dalam tempoh 5 tahun.  Minyak yang merupakan antara eksport terbesar Kanada, menjadikan “loonie” amat terkesan dari sebarang pergerakan harga komoditi tersebut.  Jumaat lalu, minyak naik lebih $3.80 setong kepada paras tertinggi sekitar $48.33 setong sebelum menutup sekitar $47.65 setong.

Hari ini data “manufacturing PMI” Amerika Syarikat bakal berdepan dengan data yang sama dari Kanada.  “Manufacturing PMI” AS dijangka stabil pada 55.5 dan Kanada pula berada pada 53.9 bagi bulan lepas.  Pasaran dijangka “ranging” melainkan terdapat sebarang kejutan pasaran, dan sebarang kejatuhan nilai tukaran USD|CAD, dilihat sebagai peluang baik untuk menambah pembelian.

Berminat belajar forex, cara paling mudah ? Dapatkan Pakej Mudahnya Belajar Forex yang dihasilkan oleh MoshedFX di sini – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat