USDCAD Analisa Fundamental Harian 2 Mar 2015

36

moshedfx-forex-malaysia-usdcad-010

Dollar CAD berada dalam dagangan ‘ranging’ Jumaat lalu, dengan pergerakan sekitar 80 pips pada paras tertinggi, sekitar 1.2530 dan terendah, sekitar 1.2448; selepas harga minyak dunia dilihat mula menstabil sekaligus memberi sokongan pada “loonie”.  Sehingga Jumaat lalu, harga minyak masih bertahan diatas 50% fibonacci retracement di carta harian dari 29 Januari ke 3 Februari 2015.

Ketika ini Dollar dihantui kenyataan presiden Feds Janet Yellen yang mengatakan kadar inflasi yang masih dibawah sasaran dan gaji pekerja yang meningkat terlalu perlahan; menyebabkan badan kewangan itu tiada sebab kukuh untuk menaikkan “interest rate” secepat mungkin.  “Loonie” pula di penuhi dengan spekulasi bahawa Bank of Canada bakal menurunkan lagi “interest rate” ekoran kejatuhan harga minyak yang memberi kesan kepada ekonomi negara itu.

Dengan ketiadaan data berimpak tinggi dari Kanada hari ini, Dollar dilihat bakal terus menguasai pasaran, terutamanya jika “ISM manufacturing PMI” AS dilaporkan lebih baik dari jangkaan 53.4 dan 53.5 pada sebelumnya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat