USDCAD Analisa Fundamental Harian 20 Mei 2015

27

Patrick Corrigan

Dollar CAD terus memacu naik lebih 110 pips Selasa semalam, dari paras terendah harian sekitar 1.2130 sebelum menutup lebih tinggi sekitar paras 1.2230; selepas Dollar kembali mendapat permintaan terkesan dari data perumahan AS yang lebih baik dari jangkaan dan persedian pasaran dalam menghadapi siaran minit mesyuarat FOMC awal pagi Khamis nanti.

Dollar AS telah melonjak kukuh berbanding Dollar Kanada menjelang minit mesyuarat FOMC. Walau bagaimanapun ini tidak meyakinkan penganalisis mata wang utama, yang kita sedang menyaksikan u-turn dalam permintaan untuk Dollar AS. Harga minyak mentah juga telah jatuh kembali bersama harga emas, sekaligus menjadikan “loonie” agak lemah.

Laporan yang diterbitkan oleh Federal Reserve Bank of San Francisco Isnin lalu, berpotensi menambah kepada hujah-hujah untuk menaikkan “interest rate” lebih awal. Ekonomi Amerika Syarikat mungkin tidak lemah seperti yang disyorkan oleh anggaran semasa. Carta yang ditunjukkan dalam laporan itu mencadangkan pertumbuhan suku pertama 2015 mungkin lebih hampir kepada 1.8%.

Presiden Feds San Francisco John Williams, bersama ketua kajian ekonomi yang mengarang laporan tersebut berkata, dia percaya ekonomi akan pulih semula pada suku kedua tahun ini dan mungkin cukup kuat untuk Feds untuk mula menaikkan “interest rate” seawal Jun. Ekonomi yang lebih kukuh menunjukkan halangan yang lebih rendah untuk Feds menaikkan “interest rate” yang hampir sifar sejak Disember 2008.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat