USDCAD Analisa Fundamental Harian 21 Apr 2015

36

moshedfx-forex-malaysia-usdcad-016

Dollar CAD berada dalam dagangan ‘ranging’ Isnin semalam, dengan pergerakan sekitar 80 pips dari paras tertinggi sekitar 1.2260 ke serendah sekitar 1.2180; sebelum menutup sedikit tinggi dari pembukaan pada paras 1.2220, setelah Dollar kembali meningkat dan harga emas turun, manakala harga minyak terus stabil diatas $57 setong ketika artikel ini ditulis.  Rangsangan tambahan yang diumumkan oleh bank pusat China pada hujung minggu, telah menyebabkan mata wang berasaskan komoditi melambung.

Loonie juga terus mendapat permintaan ekoran harga minyak yang membuka dengan lebih $1.50 ‘gap-up’ pada Isnin dan telah meningkat 5 minggu berturut-turut. Menurut ketua pakar ekonomi Bank of Montreal Douglas Porter, “loonie” telah menunjukkan prestasi mingguan yang terbaik dalam tempoh empat tahun, meningkat 3% daripada penutup Jumaat lepas. Prestasinya setakat bulan ini, adalah yang terbaik dikalangan negara-negara maju.

Apa-apa tanda yang menunjukkan Bank of Canada mula optimistik terhadap ekonomi Kanada adalah berita baik untuk “loonie”, dan kita melihat satu dos yang besar minggu ini, menurut penganalisis Bank of Montreal Porter Jumaat lalu.  Sebelum daripada itu, ramai para penganalisa menjangkakan penurunan sebanyak 25 basis point (0.25%) lagi pada “interest rate” Kanada pada mesyuarat minggu lepas, namun jangkaan yang meleset itu telah menyebabkan “loonie” terus mendapat permintaan.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat