USDCAD Analisa Fundamental Harian 22 Feb 2016

37

Dollar CAD melonjak lebih 130 pips Jumaat lalu, untuk ke paras tertinggi harian sekitar C$1.3845 sebelum menutup sekitar paras C$1.3770; setelah angka inflasi Amerika Syarikat dilaporkan lebih baik dari jangkaan, dengan inflasi teras meningkat dari 0.1% kepada 0.3%, berbanding jangkaan 0.2%. Namun secara keseluruhan, inflasi masih pada sifar, walaupun ianya lebih baik dari -0.1% pada sebelumnya.

Di pasaran Kanada, jualan runcit Disember dilaporkan jatuh dari 1.7% kepada 2.2% dibawah sifar dan pasaran hanya menjangkakan kejatuhan sebanyak 0.7% dibawah sifar. Jualan teras juga disemak lebih rendah kepada 1% daripada 1.1%, serta jatuh lebih rendah kepada 1.6% dibawah sifar pada kali ini.  Pasaran hanya menjangkakan kejatuhan sebanyak 0.5% dibawah sifar.

[adrotate group=”6″]

Walaubagaimanapun, angka inflasi Kanada agak baik dengan peningkatan daripada -0.5% kepada 0.2% berbanding jangkaan sifar.  Inflasi teras juga lebih baik, meningkat 0.3% daripada -0.4%, berbanding  jangkaan pada 0.2%. Agak mengejutkan apabila jualan runcit Kanada jatuh, walaupun pada musim perayaan Krismas lalu.  Namun, penganalisis melihat faktor cuaca yang tidak menentu sebagai punca kejatuhan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat