USDCAD Analisa Fundamental Harian 22 Jan 2015

55

moshedfx-forex-malaysia-usdcad-016

Dollar CAD melonjak lebih 300 pips ke paras tertinggi sekitar 1.2395 Rabu semalam, apabila spekulasi pasaran tentang pemotongan “interest rate” oleh Bank of Canada, dalam mesyuarat malam tadi menjadi kenyataan.  Bank Pusat Kanada menurunkan “interest rate” kepada 0.75% daripada kadar 1.0% yang telah ditetapkan sejak tahun 2010, lantaran kejatuhan harga minyak mentah yang merupakan eksport terbesar Kanada.

Bank of Canada dalam kenyataan medianya mengatakan, kejatuhan harga minyak mentah ke paras terendah dalam masa 5 tahun, bakal mengekang inflasi dan melemahkan ekonomi, ekoran pendapatan negara yang mengurang.  Menurut Thomas Costerg, pakar ekonomi dari Standard Chartered Bank di New York; Kanada mengambil langkah berjaga-jaga dan sekiranya harga minyak terus kekal rendah, Bank of Canada berkemungkinan menurunkan lagi “interest rate”.  Ini adalah tidak dijangka, dan sudah tentunya merudumkan “loonie”, tambah beliau lagi.

Dengan ketiadaan sebarang data ekonomi dari Kanada hari ini, Dollar dijangka bakal terus menguasai pasaran apabila data berimpak tinggi “unemployment claims” dari Amerika Syarikat dijangka mengurang dari 316 ribu kepada 300 ribu pemohon minggu lalu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat