USDCAD Analisa Fundamental Harian 22 Mei 2015

26

moshedfx-forex-malaysia-usdcad-006

Dollar CAD berada dalam dagangan ‘ranging’ Khamis semalam, dengan pergerakan sekitar 70 pips dari paras tertinggi harian sekitar 1.2240 ke serendah 1.2170, sebelum menutup sekitar paras 1.2195; setelah Dollar yang mendapat permintaan pada pagi sesi Eropah dijual semula ekoran laporan ekonomi AS yang mengecewakan.

Kesemua laporan ekonomi AS semalam dilapor lebih buruk dari jangkaan, dengan tuntutan bantuan pengangguran meningkat dari 264 ribu kepada 274 ribu, berbanding 271 jangkaan. “Manufacturing PMI” merosot dari 54.1 kepada 53.8 berbanding 54.6 jangkaan. Tidak terkecuali juga, jualan rumah sedia ada merosot dari 5.21 juta kepada 5.04 juta berbanding jangkaan 5.23 juta, serta “manufacturing index” Philadelphia yang jatuh kepada 6.7 dari 7.5 pada sebelumnya, berbanding jangkaan 8.1

Di pasaran Kanada, Statistik Kanada melaporkan Rabu lalu bahawa jualan borong meningkat 0.8% kepada C$53.9 billion pada Mac, selepas dua bulan berturut-turut merosot. Jualan yang lebih tinggi dicatatkan dalam lima daripada tujuh sub-sektor, iaitu 66% daripada jumlah jualan borong. Dollar Kanada memulakan minggu ini dengan kejatuhan selepas kenaikan baru-baru ini, terkesan dari kenaikan harga minyak mentah yang nampaknya telah sampai ke penghujung.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat