USDCAD Analisa Fundamental Harian 23 Mar 2015

34

moshedfx-forex-malaysia-usdcad-004

Dollar CAD merudum lebih 170 pips Jumaat lalu, untuk mencapai paras terendah harian, sekitar 1.2545, sebelum menutup pada sekitar 1.2560 – dibawah ’21 days moving average’.  Pasaran telah pun secara rasmi memasuki ‘downtrend’ di carta harian pada Khamis lalu, selepas daripada mesyuarat FOMC yang menyaksikan kejatuhan terburuk Dollar sejak 2011.  Pivot mingguan yang baru adalah pada sekitar 1.2620

Di pasaran komoditi, minyak mentah melonjak lebih $25 setong Jumaat lalu, untuk mencapai paras tertinggi sekitar $47.40 setong, seiring dengan kejatuhan Dollar.  Carta mingguan yang menutup dengan ‘bullish hammer candle’ pada minggu lepas, menunjukkan kemungkinan komoditi emas hitam itu, bakal terus mendapat permintaan di setiap kejatuhan harga.

Walau bagaimanapun, keadaan ini dilihat tidak berpanjangan, apabila menteri minyak Arab Saudi, dalam kenyataan terbarunya, mengatakan untuk tidak mengurangkan bekalan dari OPEC.  Menurut Ali Al Naimi, produksi OPEC adalah sekitar 30% bekalan minyak mentah dunia sahaja.  Adalah tidak adil untuk OPEC mengurangkan bekalan sedangkan 70% lagi negara pengeluar tidak berbuat apa-apa untuk menyokong harga komoditi itu, tambah beliau lagi.

Hari ini dengan ketiadaan sebarang data ekonomi dari Kanada, Dollar dilihat berpotensi menguasai pasaran semula; terutamanya dengan Amerika Syarikat yang bakal melaporkan data “existing home sales” yang dijangka meningkat dari 4.82 juta kepada 4.9 juta.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat