USDCAD Analisa Fundamental Harian 24 Mar 2015

36

moshedfx-forex-malaysia-usdcad-002

Dollar CAD menyusut lebih 110 pips Isnin semalam, dari paras tertinggi harian sekitar 1.2615, sebelum menutup pada sekitar 1.2520, dibawah pivot bulanan – 1.2540  Carta harian yang menutup dengan ‘bearish doji candle’, menunjukkan arah pasaran yang tidak menentu walaupun secara umumnya ‘bearish’ sentimen buat masa ini.  Pivot mingguan berada pada sekitar 1.2615

Di pasaran komoditi, minyak mentah terus meningkat lebih $2 setong Isnin semalam, untuk terus berada di atas pivot mingguan, sekitar $45.30 setong.  Ketika artikel ini ditulis, harga minyak mentah berlegar-legar pada sekitar pivot harian – $46.80  Minyak yang merupakan antara eksport Kanada yang terbesar, banyak mempengaruhi nilai tukaran USD|CAD.

Hari ini dengan ketiadaan sebarang data ekonomi dari Kanada, Dollar dilihat berpotensi untuk kembali menguasai pasaran, terutamanya jika data CPI dan “new home sales” AS dilaporkan lebih baik dari jangkaan. CPI tahunan Amerika Syarikat dijangka kekal pada -0.1% dan “new home sales” dijangka mengurang dari 480 ribu kepada 470 ribu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat