USDCAD Analisa Fundamental Harian 24 Mei 2016

35

Dollar CAD terus memacu naik lebih 70 pips Isnin semalam, untuk ke paras tertinggi harian sekitar C$1.3172 sebelum menutup sekitar paras C$1.3140; setelah Dollar Kanada terus lemah dengan kesan kebakaran yang masih memberat sepenuhnya ekonomi domestik. Harga minyak dan emas yang diniagakan lebih rendah semalam, juga mempunyai kesannya terhadap Loonie.

Sejak beberapa hari lalu, pasaran telah didorong oleh reaksi kepada minit mesyuarat FOMC Federal Reserve AS bulan April yang menunjukkan kenaikan kadar yang mungkin datang pada pertengahan bulan Jun, menurut Philip Peterson, ketua strategi pelaburan di Manulife Investments. “Saya rasa ini adalah mungkin hanya sedikit pemulihan dari beberapa hari yang lalu yang menjadi sedikit negatif selepas tindak balas kepada minit-minit mesyuarat Feds,” kata Peterson.

Beliau berpendapat Feds lebih cenderung untuk menaikkan kadar apabila ia bermesyuarat pada akhir bulan Julai, memandangkan betapa dekatnya mesyuarat FOMC pada 14-15 Jun dengan referendum ‘Brexit’ pada 23 Jun yang akan menentukan sama ada UK akan keluar atau kekal dari Kesatuan Eropah. Loonie sedang menghadapi tekanan daripada kebangkitan Dollar AS berikutan berita kenaikan kadar dari Feds.

Walau bagaimanapun, itu tidak mungkin untuk terus mengheret Loonie yang sensitif kepada harga komoditi ke bawah, menurut Peterson. Walaupun kontrak minyak mentah Julai turun 26 sen AS pada sekitar $48.40 setong, Peterson berkata prospek jangka panjang adalah lebih positif. Anggaran konservatif untuk harga minyak adalah sekitar $55 setong pada masa tertentu pada tahun ini, yang seharusnya juga meningkatkan nilai Loonie.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat