USDCAD Analisa Fundamental Harian 25 Feb 2015

40

moshedfx-forex-malaysia-usdcad-006

Dollar CAD yang meningkat lebih 90 pips pada sesi Asia untuk mencapai paras tertinggi harian sekitar 1.2663, menjunam lebih 170 pips sebelum menutup pada sekitar 1.2485 Selasa semalam; selepas presiden Federal Reserve Janet Yellen, mengeluarkan kenyataan yang sedikit mengecewakan – Feds tidak dalam tergesa-gesa mahu menaikkan “interest rate” setelah mengambil kira faktor inflasi dan pasaran pekerjaan.

Di pasaran komoditi, harga minyak mentah berada dalam dagangan ‘ranging’ Selasa semalam, dengan paras tertinggi harian sekitar $50.28 setong dan terendah sekitar $48.64 dan berada pada 50% fibonacci retracement pada carta harian dari 29 Jan ke 3 Feb 2015.  Ketika artikel ini ditulis, harga berada dibawah pivot harian – $49.35 dan mingguan – $51.55 tetapi di atas pivot bulanan – $48.35  Kestabilan harga minyak yang merupakan antara eksport terbesar Kanada, banyak memberi sokongan kepada “loonie”.

Dengan ketiadaan sebarang data berimpak tinggi dari Kanada hari ini, Dollar dilihat bakal kembali mendominasi pasaran terutamanya jika data “new home sales” AS dilaporkan lebih baik dari jangkaan 470 ribu dan sekiranya terdapat sebarang kenyataan tambahan, dari presiden Feds dalam testimoninya kepada kongres nanti.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat